MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Respon 3 Artikel
POLITIK ANWAR PENUH DENGAN ‘ INTRIGUE’

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah...

Seorang yang ingin menjadi politikus (dunia moden ini -jika Islam sudah diketepikan) tidak boleh lari dari penggunaan wang, tipudaya, kelicikan serta mempunyai rancangan yang amat rapi. Ramai orang kebanyakan merasa takjub (mungkin juga keliru) mengenangkan kisah 'BAGAIMANA ANWAR' boleh menaiki tahta UMNO dengan kadar yang amat pantas.

Semenjak saya besar hingga sekarang cuma wajah seorang yang saya lihat 'MAHATHIR', 'MAHATHIR' dan ... saya tidak pernah terfikir yang MUSA atau GHAFFAR atau ANWAR akan menjadi perdana menteri satu hari nanti (pengakuan yang betul-betul jujur) ini adalah kerana lamanya MAHATHIR memegang tampuk pemerintahan negara. Ini dikuatkan lagi dengan kehilangan kuasa RAJA dalam memperakui Rang Undang-undang negara (PATUT DIKEMBALIKAN) . Juga bila penguam dan hakim sudah berada ditelunjuk MAHATHIR saya pasti tiada siapa yang akan menjadi PM buat masa yang terdekat ( HATI kecil saya mengatakan bahawa MAHATHIR akan menjadi PM sampai mati- pengakuan ini juga jujur).

KeKUASAan yang MAHATHIR ada pada hari ini cukup mengerunkan. Jika beliau inginkan sesuatu cukup dengan berdehem atau bersuara sepatah dua sahaja. Lantas segala yang diigininya akan termakbul.( Tukang turut dan ampu dan terdesak dan berkepentingan akan berbuat apa sahaja untuk Mahathir asalkan dapat bahagian masing-masing...orang kata hampas pun jadilah)

Anwar dan Mahathir adalah dua manusia yang berbeza perlakuan, perbuatan , perbuatan dan juga misi serta wawasan. Walaupun apa tujuan mereka yang pasti mereka ingin kan KUASA dan menerajui MALAYSIA.

Anwar setakat ini tidak berjaya mengatasi masalah sikap 'SLOW and STEADY' yang ada pada Mahathir. Dalam kes ini nampaknya pemenang peringkat awal adalah Mahathir tetapi belum tentu dua tiga puluh tahun nanti. Mungkin Anwar jadi pemenangnya ataupun Muncul Orang Ketiga yang bakal menjuarainya.

Sebenarnya kesedaran orang Melayu memang pada dasarnya berkocak ketika pemecatan Anwar mungkin atas dasar simpati (pada wallahualam). Tetapi yang sebenarnya rakyat melihat dengan jelas tentang beberapa perkara yang selama ini TERSELINDUNG...

1. Undang undang terpilih yang di amalkan di Malaysia Tidak semua mendapat keadilan dan pembelaan yang sewajarnya dan samarata. Rakyat biasa menjadi mangsa ketidakadilan ini. Banyak sudah kes-kes yang timbul. Yang lebih membimbangkan mereka (rakyat) adalah kes

Anwar yang tidak begitu ADIL..kalau bersalah tentukan pembicaraan dijalankan dengan sebaik mungkin dengan saksi yang boleh diterima pakai dan juga HAKIM yang boleh diterima pakai.

2. Kebebasan bersuara yang semakin DITIADAKAN di Malaysia. Rakyat tidak berpeluang mengamalkan demokrasi yang betul. Selalu dilaungkan oleh pihak kerajaan yang memerintah bahawa ada ruang dan 'channel' yang betul tetapi ini cuma untuk mengaburi mata ramai rakyat. Tetapi pada hakikatnya bahawa KERAJAAN TIDAK BOLEH DITEGUR. Kalau tegur alamak kena ISA la..OSA la..AKTA UNIVERSITI la..dan macam macam sekatan yang ADA.

3. Sebenarnya kerajaan yang ada sekarang (pimpinan Mahathir) lah yang menyekat toleransi antara kaum di Malaysia. Orang china dengan kechinaannya, orang india dengan keindiaan mereka serta orang melayu dengan melayunya mereka tidak berpeluang berintegrasi dengan sepenuh-penuhnya. Mereka (kerajaan) sebenarnya tidak bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan semua penduduk Malaysia. Dasar pecah dan perintah (hasil dari peninggalan kolonial) masih di teruskan sehingga ke hari ini. (Kalau tidak sudah tentu Pihak Inggeris tidak akan melepaskan persekutuan Tanah Melayu dengan begitu mudah- biasala lepas berperang sudah tentu si musuh menanam benih-benih atau pun paling dasyat periuk api....serta bom jangka bila sampai masanya akan menghasilkan kemusnahan dan kemudaratan)

4. Dasar pengkoporatan dan pengswastaan menjadi keGILAAN pimpinan kerajaan. Pendidikan negara, hospital, pengangkutan awam, Air dan API, sampah sarap serta lain lain keperluan sudah tidak dijagai oleh kerajaan..mereka sudah berlepas tangan...cuma menunggu untuk mengambil HASIL sahaja..tanggungjawab sosial sudah HILANG ke tahap membimbangkan (seratus peratus?).

BAgi saya ANWAR dan MAhathir cuma pelakon dalam sebuah cerita REFORMASI di Malaysia. Setiap Drama sudah tentu ada HERO dan GANGSTER penjahatnya. Ada juga penjahat yang menjadi HERONYA. ADA yang menjadi HERO dari awal cerita hingga TAMAT ceritanya. MUngkin juga HERO yang lain akan muncul dalam slot yang lain...(ini tak sentuh tentang BaB HEROIN lagi dan watak -watak pembantu yang lain) Tetapi yang paling penting kita perlu TUNGGU PENAMATnya macamana.

Salah satu tanda di akhir zaman ini ialah manusia dibutakan dalam memilih yang mana satu kebenaran dan yang mana kepalsuan.

Allah yang maha mengetahui

anak_adam

 counter.bloke.com